Kajian tindakan bermula dengan timbulnya satu masalah dalam proses P&P yang dihadapi oleh guru. Masalah ini kan cuba diselesaikan dengan melakukan perancangan untuk mengatasinya, bertindak mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data dan memerhati strategi penyelesaian dan diakhiri dengan kesan refleksi daripada hasil tindakan tersebut. Jika penyelesaian masalah masih belum memuaskan, kitaran kajian tindakan ini (iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek) akan diulang sehingga objektif tercapai. Kajian tindakan merupakan satu orientasi kepada penyelidikan berbanding kaedah. Kajian tindakan bukanlah satu kaedah. Kajian ini menggabungkan siasatan dengan tindakan seperti satu cara perubahan merangsang dan menyokong serta sebagai langkah menaksir kesan perubahan itu. Terdapat EMPAT langkah asas dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu MERANCANG, BERTINDAK, MEMERHATI dan MEREFLEK yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.
PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
Ahad, 12 April 2015
Kepentingan Kajian Tindakan
Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru, meningkatkan prestasi pencapaian murid, mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek dan membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau data yang boleh dipercayai dari segi ketepatan dan kesahihannya, ianya mesti diperolehi melalui satu prosedur dan proses yang sistematik. Jadi perbezaan yang terdapat antara guru yang menjalankan kajian tindakan dan guru yang tidak menjalankan kajian tindakan adalah dari segi kualiti produk yang dihasilkan. Apabila guru menjalankan kajian tindakan, beliau akan melakukan pengubahsuasaian secara berterusan supaya adanya peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya. Sekiranya guru tersebut tidak menjalankan kajian tindakan, mungkin tiada peningkatan pencapaian yang berlaku di kalangan murid-murid kerana guru tidak dapat untuk memperbaiki kelemahan yang ada di dalam dirinya.
Definisi Kajian Tindakan
Kajian Tindakan merujuk kepada penyelidikan terhadap amalan pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada guru, pentadbir atau kaunselor sekolah atau individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya.
Proses Pelaksanaan Kajian Tindakan
1. Kenal Pasti Fokus Diminati/ Masalah
- Membuat refleksi berkenaan amalan sendiri.
- Selepas membuat refleksi, guru mungkin mula menyedari terdapat amalan mereka minati atau kurang pasti.
- Selepas membuat refleksi, guru mungkin mula menyedari terdapat amalan mereka minati atau kurang pasti.
2. Pungut Data
- Data merupakan maklumat berkenaan dengan fokus atau masalah yang dikaji.
- Kebanyakan data yang dipungut dalam kajian tindakan berbentuk kualitatif.
- Kebanyakan data yang dipungut dalam kajian tindakan berbentuk kualitatif.
3. Analisis Data/ Jana Hipotesis
- Langkah ini membabitkan memperoleh makna daripada data.
- Data perlu dianalisis secara sistematik.
- Oleh sebab kebanyakan data yang dipungut bersifat kualitatif, penganalisisan data melibatkan penyusunan data secara sistematik, penyaringan dan pengasingan data kepada kategori-kategori, mengenal pasti tema dan membuat tekaan dan hipotesis.
- Data perlu dianalisis secara sistematik.
- Oleh sebab kebanyakan data yang dipungut bersifat kualitatif, penganalisisan data melibatkan penyusunan data secara sistematik, penyaringan dan pengasingan data kepada kategori-kategori, mengenal pasti tema dan membuat tekaan dan hipotesis.
4. Merancang Langkah Tindakan
-Membabitkan perancangan untuk sama ada mengubah suai hanya satu aspek amalan yang dikaji ataupun mengubah keseluruhan amalan tersebut berasaskan penganalisisan dan refleksi pada data yang dipungut.
- Langkah 5, 6 dan 7 membabitkan pelaksanaan, pemantauan dan pengubahsuaian apa-apa yang dirancang dalam langkah 4.
- Sekiranya, pengubahsuaian atau perubahan yang dibuat pada aspek amalan yang dikaji tidak membuahkan hasil, menimbulkan masalah dan isu baru yang tidak terduga, pengkaji perlu meneruskan siasatannya dengan memasuki kitaran yang seterusnya.
Sabtu, 11 April 2015
Langgan:
Catatan (Atom)





