PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Ahad, 12 April 2015

Kepentingan Kajian Tindakan

Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru, meningkatkan prestasi pencapaian murid, mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek dan membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau data yang boleh dipercayai dari segi ketepatan dan kesahihannya, ianya mesti diperolehi melalui satu prosedur dan proses yang sistematik. Jadi perbezaan yang terdapat antara guru yang menjalankan kajian tindakan dan guru yang tidak menjalankan kajian tindakan adalah dari segi kualiti produk yang dihasilkan. Apabila guru menjalankan kajian tindakan, beliau akan melakukan pengubahsuasaian secara berterusan supaya adanya peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya. Sekiranya guru tersebut tidak menjalankan kajian tindakan, mungkin tiada peningkatan pencapaian yang berlaku di kalangan murid-murid kerana guru tidak dapat untuk memperbaiki kelemahan yang ada di dalam dirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan